Soalan Lazim

Pengguna

Log Masuk Kali Pertama

Anda haruslah mempunyai akaun di aplikasi MyVeteranMall terlebih dahulu.

  1. Muat turun aplikasi MyVeteranMall di Playstore jika anda menggunakan Android. Muat turun aplikasi MyVeteranMall di AppGallery jika anda menggunakan Huawei. Muat turun MyVeteranMall di App Store jika anda menggunakan iOS.
  2. Pilih salah satu cara pendaftaran (Akaun Google/Facebook/Nombor Telefon).
  3. Lengkapkan semua tempat kosong. Sila pastikan anda menggunakan Akaun Google/Facebook/Nombor Telefon yang aktif.
  4. Anda akan menerima OTP melalui SMS yang mengandungi kod 6-digit (PENTING! Jangan dedahkan kod ini kepada sesiapa, termasuk orang yang mengaku sebagai sebahagian MyVeteranMall).
  5. Tahniah! Anda kini boleh membeli-belah di aplikasi MyVeteranMall!
  1. Pergi ke MyVeteranMall dan pilih pendaftaran.
  2. Pilih salah satu cara pendaftaran (Akaun Google/Facebook/ Nombor Telefon).
  3. Lengkapkan semua  tempat kosong. Sila pastikan anda menggunakan Akaun Google/Facebook/Nombor Telefon yang aktif.
  4. Anda akan menerima OTP melalui SMS yang mengandungi kod 6-digit (PENTING! Jangan dedahkan kod ini kepada sesiapa, termasuk orang yang mengaku sebagai sebahagian MyVeteranMall).
  5. Tahniah! Anda kini boleh membeli-belah menggunakan MyVeteranMall!
  6.  

Sila periksa jika ada di antara situasi di bawah yang tertakluk kepada anda dan sila ikuti langkah yang dicadangkan.

Nombor Telefon yang salah

  • Anda mungkin telah memasukkan nombor telefon yang salah. Sila masukkan nombor telefon yang betul semula.

Penapis SMS telefon anda dihidupkan

  • Pengguna Android:
    1. Pastikan nombor MyVeteranMall bukan nombor yang disekat.
    2. Nyahpasang atau matikan aplikasi sekatan di telefon anda.
  • Pengguna iOS:
    1. Pastikan nombor MyVeteranMall bukan nombor yang disekat.
    2. Nyahpasang atau matikan aplikasi sekatan di telefon anda.

Anda di kawasan sambungan internet yang tidak baik

  • Sila pindah ke kawasan yang mempunyai sambungan internet yang baik.

Anda bukan menggunakan telefon pintar

  • Anda perlu memasang aplikasi MyVeteranMall ke dalam telefon pintar untuk mendaftar dengan MyVeteranMall.

Jika anda masih mempunyai masalah yang sama selepas mengikuti langkah-langkah di atas, sila hubungi kami di +6019-3607200 atau hantarkan e-mel anda ke support@myveteranmall.com.

Penghantaran nombor OTP mungkin gagal jika anda meminta nombor OTP lebih daripada satu kali. Masukkan nombor OTP yang paling baharu anda terima sahaja.

Jika anda masih mempunyai masalah yang sama, sila hubungi kami di +6019-3607200 atau hantarkan e-mel anda ke support@myveteranmall.com.

Sila pastikan:

  • Nombor telefon yang anda gunakan untuk mendaftar masih aktif.
  • Anda mempunyai sambungan internet 4G atau Wi-Fi.

Jika anda masih mempunyai masalah yang sama, hubungi kami di +6019-3607200 atau hantarkan e-mel anda ke support@myveteranmall.com.

Log Masuk

Sila pastikan:

  • Sambungan internet 4G atau Wi-Fi
  • GPS anda berfungsi
  • Anda masukkan nombor telefon yang betul.

Jika anda masih mengalami masalah yang sama, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Nyah aplikasi
  2. Kosongkan cache (untuk Android) – Jangan langkau langkah ini
  3. Hidupkan semula peranti
  4. Pastikan peranti anda mempunyai simpanan yang mencukupi
  5. Muat turun versi terbaharu aplikasi MyVeteranMall di Google Play/AppGallery/iOS
  6. Log masuk sekali lagi

Jika anda masih mengalami masalah yang sama, hubungi kami di +6019-3607200 atau hantarkan e-mel anda ke support@myveteranmall.com.

Sistem akan menganggap anda sebagai pengguna baharu. Anda akan diminta untuk mengisi semula semua informasi anda.

Sistem akan menganggap anda sebagai pengguna baharu. Anda akan diminta untuk mengisi semula semua informasi anda.

Sistem akan menganggap anda sebagai pengguna baharu. Anda akan diminta untuk mengisi semula semua informasi anda.

Hubungi kami di +6019-3607200 atau e-mel kami ke support@myveteranmall.com untuk kami ubah e-mel anda.

  • Portal :
    1. Log masuk pengguna di halaman MyVeteranMall
    2. Cari Profil Pengguna dan klik Akaun Saya
    3. Masukkan nombor telefon baharu di Maklumat Pengguna
    4. Masukkan nombor OTP
    5. Penukaran nombor telefon baharu telah berjaya!
  •  Aplikasi:
    1. Log masuk pengguna pada aplikasi MyVeteranMall
    2. Klik pada menu utama Profil
    3. Klik pada Tetapan Profil
    4. Klink pada Kemaskini Profil
    5. Pilih Nombor Telefon dan masukkan Kod pin.
    6. Masukkan nombor telefon baharu di Maklumat Pengguna.
    7. Masukkan nombor OTP
    8. Penukaran nombor telefon baharu telah berjaya!
  1.  

Semua pengguna wajib memasukkan nombor telefon mereka semasa log masuk kali pertama. Anda masih boleh log masuk ke akaun MyVeteranMall dengan menggunakan nombor telefon itu.

eInfo

eInfo merupakan sistem bantuan sendiri dalam talian yang menyediakan carian semakan dokumen pengguna khususnya Veteran ATM. Antara platform yang tersedia di eInfo adalah:

  • Penyata Pencen
  • Semak data
  • Wang Tidak Dituntut
  • Kebajikan, dan
  • Buletin Semasa
  • Portal:
    1. Log masuk pengguna di halaman MyVeteranMall
    2. Klik pada menu eInfo
    3. Klik pada menu sub Semak Data
  • Aplikasi
    1. Log masuk pengguna pada aplikasi MyVeteranMall
    2. Klik pada butang eInfo
    3. Klik pada menu Semak Data

Halaman Semak Data akan dipaparkan di portal/aplikasi.

Tabung Pahlawan

Tabung Pahlawan merupakan usaha Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk membantu veteran askar dalam kelangsungan hidup. Bantuan kepada Veteran ATM kelainan upaya, dan bantuan bencana alam. Sumbangan ini dapat membantu para veteran untuk sara kehidupan mereka, mendapatkan Pendidikan, perubatan, peralatan sakit, bencana alam dan merebut peluang pekerjaan.

  • Portal:
    1. Log masuk pengguna di halaman MyVeteranMall
    2. Klik pada menu Tabung Pahlawan
  • Aplikasi
    1. Log masuk pengguna pada aplikasi MyVeteranMall
    2. Klik pada butang Tabung Pahlawan

Sistem akan membawa pengguna pada halaman Tabung Pahlawan untuk melakukan transaksi derma.

Anda boleh menyemak transaksi yang telah berjaya di halaman semak derma di pautan Semak Derma – Kempen Tabung Pahlawan (jhev.gov.my).

Derma bulanan secara auto debit ialah fungsi potongan automatik terus daripada kad debit atau kad kredit secara bulanan bagi memudahkan para penderma yang ingin membuat sumbangan pada setiap bulan.

Boleh. Sila hubungi pihak bank akaun anda untuk berbuat demikian.

eDagang

eDagang, ataupun dikenali sebagai perdagangan elektronik, merupakan perniagaan yang melibatkan transaksi yang berlaku di Internet. Kedai yang menjual produk mereka secara dalam talian adalah kedai atau perniagaan eDagang. Oleh itu, MyVeteranMall menyediakan platform eDagang kepada ahli JHEV untuk mengembangkan perniagaan mereka khususnya perniagaan di atas talian.

  • Portal:
    1. Log masuk pengguna di halaman MyVeteranMall
    2. Klik pada menu eDagang
  • Aplikasi:
    1. Log masuk pengguna pada aplikasi MyVeteranMall
    2. Klik pada butang eDagang

Sistem akan membawa pengguna pada halaman eDagang untuk proses seterusnya.

eServis

eServis merupakan sebuah platform yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pengguna dalam pelbagai urusan dan perniagaan.

Antara eServis yang tersedia di MyVeteranMall adalah seperti berikut:

  • Bil
  • Prabayar
  • Majlis dan Acara
  • Pekerjaan
  • Latihan