MyVeteranMall adalah sebuah aplikasi platform digital sehenti yang mengakseskan Veteran ATM ke pelbagai aplikasi untuk pengurusan harian serta menawarkan aktiviti perniagaan secara digital.
Perkhidmatan Kami
eInfo
Melalui platform digital eInfo, ahli Veteran ATM dapat menguruskan aktiviti serta urusan mereka yang melibatkan JHEV ATM melalui MyVeteranMall dengan lebih mudah dan cepat.
Tabung Pahlawan
Bantu Veteran ATM yang memerlukan.
Hanya dengan sokongan anda, kami dapat membantu lebih daripada 1 juta Veteran ATM serta ahli keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan sara hidup, pendidikan, perubatan, peralatan pesakit, bencana alam dan peluang pekerjaan.
eDagang
Menyediakan platform digital yang membolehkan Veteran ATM untuk melaksanakan aktiviti perniagaan secara digital.
Plafrom ini berupaya memperluaskan jaringan dan rangkain perniagaan ahli Veteran ATM ke peringkat global.
eServis
Platform digital yang membolehkan pengguna dan penyedia perkhidmatan berkomunikasi dan menjalankan urus niaga di atas talian.
Platform ini menawarkan perkhidmatan merangkumi perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, latihan dan seminar, pengambilan kerja dan perkhidmatan lain bagi memudahkan pengurusan urusan harian ahli Veteran ATM.